Penerbitan Alita: Battle Angel

Pengusahan

Filem diterbitkan oleh James Cameron (kiri) dan Jon Landau (kanan)

Battle Angel Alita, sebuah siri manga siberpunk Jepun ditulis oleh Yukito Kishiro, asalnya dibawa ke pandangan James Cameron oleh pembuat filem Guillermo del Toro, dan Cameron terus terpikat dengan konsepnya.[16][17][18][19][20]

Nama domain "battleangelalita.com" didaftar kepada James Cameron oleh 20th Century Fox sekitar Jun 2000.[21] Fox juga mendaftar nama domain "battleangelmovie.com".[22] Pada April 2003, Moviehole melaporkan yang Cameron telah mengesahkan yang beliau akan mengarah sebuah filem Battle Angel.[23] Cameron mengesahkan yang skrip filem tersebut sedang dihasilkan dalam temu duga rancangan Tokudane! di Fuji TV pada 4 Mei 2003.[24] Ia pada asalnya dirancang akan menjadi penerbitan beliau yang seterusnya selepas siri TV Dark Angel,[25] yang dipengaruhi Battle Angel Alita.[26] Ia kemudian dirancang akan menjadi filem seterusnya selepas Aliens of the Deep pada Januari 2005.[27]

Pada Jun 2005, The Hollywood Reporter menyatakan bahawa filem tersebut tertangguh sementara Cameron menghasilkan sebuah filem bernama Project 880,[28] yang kemudian dinamakan semula kepada Avatar.[29] Entertainment Weekly mengadakan temu duga bersama beliau pada Februari 2006 di mana Cameron kata perjanjiannya dengan 20th Century Fox adalah untuk menghasilkan kedua-dua filem.[30] Rencana tersebut juga menyatakan bahawa Battle Angel dirancang akan ditayang pada September 2009.[30] Pada Jun 2006, Cameron memberi komen yang Battle Angel adalah yang kedua daripada dua trilogi filem yang beliau sedang usahakan, yang pertama ialah Avatar.[31]

Pada Mei 2008, Cameron menunjukkan bahawa beliau akan menghasilkan filem berjudul The Dive, sebuah biografi tentang dua orang penyelam bebas Francisco Ferreras dan Audrey Mestre,[32] dan menangguhkan filem Alita lagi. Julai berikut, di San Diego Comic-Con International, beliau mengulangi bahawa beliau masih beriltizam untuk teruskan filem ini.[33] Pada Disember 2009, Cameron mengulas dalam temu duga bersama MTV News yang skrip untuk Battle Angel telah pun selesai.[34]

Pada Februari 2010, penerbit Jon Landau mengulas dalam temu duga bahawa beliau sedang cuba untuk meyakinkan Cameron untuk tukar judul filem tersebut kepada Alita: Battle Angel.[16] Landau juga mendedahkan yang penulis skrip lakon layar Laeta Kalogridis telah berusaha untuk tulis filem ini.[16] Pada Ogos 2010, Cameron menyatakan yang filem ini masih dalam pandangannya ("still on [his] radar"), tetapi tidak tahu bila dia akan hasilkannya.[29] Tetapi, Oktober itu, beliau mengesahkan bahawa filem-filem seterusnya ialah dua susulan filem Avatar dan bukan Battle Angel.[35] Dia masih berkata yang beliau tidak mahu tinggalkan filem tersebut, menyatakan beliau terlalu sayang project ini untuk diberikan kepada penerbit lain,[17] tetapi mengulang semula pada Jun 2011 yang ia tidak akan dihasilkan sehinggalah filem-filem susulan avatar telah siap,[36] dan berkata "Battle Angel tidak akan berlaku untuk beberapa tahun".[37] Menurut Cameron, alasannya untuk menghasilkan Avatar dulu ialah kerana beliau yakin filem itu dapat membangkitkan kesedaran awam tentangperlindungan persekitaran.[38]

Robert Rodriguez, pengarah filem

Semasa temu duga bersama Alfonso Cuarón pada Julai 2013, Cameron meentukan 2017 sebagai tarikh filem tersebut akan dimulakan.[39] Pada Oktober 2015, The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Robert Rodriguez sedang dalam perbincangan untuk mengarah filem itu, yang kini berjudul Alita: Battle Angel, dan Cameron akan jadi penerbit disamping Jon Landau.[40] Rodriguez dimasukkan oleh Cameron untuk meringkaskan 186 muka surat lakon layar Cameron dan 600 muka surat penuh nota untuk dijadikan skrip penggambaran. Berpuas hati dengan tugas Rodriguez dalam skrip penggambaran, Cameron menawarkan tugas pengarah kepadanya.[41]

Pada April 2016, The Hollywood Reporter melaporkan 20th Century Fox belum memberi lampu hijau kepada filem tersebut, kerana mereka sedang cuba untuk kurangkan kos perbelanjaan kepada sekitar $175–$200 juta.[42] Rencana tersebut juga mengumumkan yang Rodriguez telah ditandatangani sebagai pengarah.[42] Pada hujung Mei 2016, Fox menjadualkan filem tersebut untuk ditayang pada 20 Julai 2018.[43]

Prapenerbitan

Di bawah James Cameron sebagai bakal pengarah, filem tersebut awalnya akan dihasil dengan campuran aksi-nyata dan imej janaan komputer yang Cameron guna dalam Avatar.[34] Lebih tepat lagi, Cameron mahu jadikan watak utama, Alita, seluruhnya dikemas gabung dengan CGI.[27] Cameron telah menyatakan beliau akan menggunakan teknolog daripada Avatar untuk hasilkan filem ini, sepertiFusion Camera System, facial performance capture, dan Simulcam.[44] Pada Mei 2006, Variety laporkan yang Cameron telah menghabiskan sepuluh bulan untuk membangunkan teknologi untuk menghasilkan filem ini.[45]

Pada Oktober 2008, Mark Goerner, seorang pelukis digital yang bekerja untuk filem ini selama setahun setengah, mengulas bahawa tugas-tugas prapenerbitan sudah hampir siap semuanya.[46]

Dalam sebuah temu duga pad Februari 2019, Cameron bongkarkan yang beliau tempatkan kota terapung Zalem di Panama. Beliau menjelaskan bahawa kota itu bukanlah benar-benar terapung, tetapu tergantung dari sebuah lif angkasa, yang hanya dapat berfungsi di kawasan khatulistiwa. Oleh kerana penempatan baru ini, Iron City direka dengan unsur-unsur Sepanyol dan reka bentuk Amerika Latin.[47]

Uji bakat

Daripada sebuah rencana pada April 2016 dalam The Hollywood Reporter melaporkan yang Maika Monroe, Rosa Salazar dan Zendaya adalah antara pelakon-pelakon akhir yang dalam pertimbangan untuk diberi watak Alita dalam filem, dengan keputusan diberi dalam seminggu.[42] Rencana itu juga berkata bahawa bekas pelakon bersama Zendaya, Bella Thorne juga uji bakat untuk watak tersebut.[42] Dekat penghujung bulan Mei 2016, Collider melaporkan bahawa Rosa Salazar telah terpilih.[48]

Pada Ogos 2016, Christoph Waltz dikhabarkan dalam perundingan untuk memain watak Dr. Dyson Ido,[49] padanan watak Daisuke Ido daripada manga asal.[50] Pada 14 September 2016, Jackie Earle Haley dikatakan telah terpilih sebagai salah satu watak penjahat siborg.[51] Pada 21 September 2016, Variety melaporkan Ed Skrein dalam perbincangan untuk watak;[52] The Hollywood Reporter kemudian mengesahkan yang beliau akan memegang watak hitam Zapan.[53]

Pada 30 September 2016, Keean Johnson dikhabarkan terpilih untuk mainkan peranan Hugo, buah hati Alita, yang kemudiannya menjadi sebab dia teruskan permainan ala-ala gladiator Motorball.[54] Studio juga pertimbangkan Avan Jogia, Douglas Booth, Jack Lowden, dan untuk watak tersebut, tetapi memilih Keean Johnson kerana mereka sedang mencari pelakon yang lebih "samar etniknya".[54] Pada 3 October 2016, Mahershala Ali dilaporkan memegang watak Vector, seorang usahawan yang menganjur sayembara lawan Motorball.[10] Dalam sebuah temu duga berikutan penerimaan Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik beliau di Anugerah Akademi ke-89, Ali mendedahkan yang beliau akan mainkan dua peranan dalam filem, tetapi beliau tidak memberi penjelasan tentang peranan kedua itu.[55]

Pada 5 October 2016, ia dikhabarkan yang Eiza González telah menyertai filem tersebut.[56] González ialah salah seorang daripada watak utama siri televisyen Rodriguez From Dusk till Dawn: The Series. Jorge Lendeborg Jr. diumumkan peranan pada 7 October 2016. Beliau akan memainkan rakan Hugo.[57] Lana Condor diumumkan menyertai mereka pada 11 October 2016, sebagai remaja yatim bernama Koyomi.[58] Pada 18 October 2016, Leonard Wu diberi peranan sebagai Kinuba.[59] Marko Zaror sebagai siborg Ajakutty pada Disember 2016.[60] Pada 7 Februari 2017, Jennifer Connelly menyertai dengan watak hitam yang tidak diketahui.[61] Michelle Rodriguez diumumkan lewat penerimaannya pada 22 Februari 2017, selepas filem sudah selesai penggambaran.[62]

Penggambaran

Penggambaran bermula di Austin, Texas pada 17 October 2016, dan tamat pada 9 Februari 2017.[51][63] Pada penghujung January 2017, sebuah panggilan uji bakat diumum untuk mana-mana pelakon tambahan rocker, punk, atau emo untuk penggambaran di Austin pada malam 3, 6, dan 7 Februari 2017.[64][65]

Muzik

Pada 17 Disember 2018, Dua Lipa diumumkan akan mempunyai lagu sorotan dalam runut bunyi filem berjudul "Swan Song".[66] Lagu dan video muzik rasmi dilancarkan pada 24 Januari 2019.[67] Vidoe muzik rasmi diarah oleh Floria Sigismondi. Tom Holkenborg menggubah skor untuk filem tersebut dan juga "Swan Song" sebagai penulis sampingan. Runut bunyi dilancarkan pada 15 Februari 2019 di Milan Records[68].

Pascapenerbitan

Kesan visual disediakan oleh Weta Digital, DNEG danFramestore dan diurus oleh Joe Letteri, Eric Saindon, Nick Epstein, Raymond Chen dan Nigel Denton-Howes.[69]

Rujukan

WikiPedia: Alita: Battle Angel http://www.aintitcool.com/node/55552 http://www.aintitcool.com/node/80380 http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/peopl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2000-06-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2001-01-08/ba... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-24/ch... http://collider.com/alita-battle-angel-movie-relea... http://collider.com/alita-battle-angel-trailer-rob... http://collider.com/battle-angel-alita-rosa-salaza... http://collider.com/battle-angel-james-cameron/